Tempahan Bilik Khas MMPS

06 February 2023

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI BAWAH INISIATIF #111: PEMANTAPAN PROFESIONALISME PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)  DI BAWAH INISIATIF #111: PEMANTAPAN PROFESIONALISME PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023


Dimaklumkan bahawa Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah diamanahkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk  melaksanakan Program Peningkatan Kesejahteraan Psikologi Di Bawah Inisiatif #111: Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia melibatkan dua puluh lima  peratus (25%) guru-guru di seluruh Negeri Kedah pada tahun ini dan lima puluh lima (55%)  secara kumulatif semenjak tahun 2021. Tujuan utama program ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi PPP menggunakan Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) yang telah dibangunkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2021. 

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah tuan (seperti senarai edaran) telah terpilih untuk menjayakan program ini. Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk memastikan semua guru di sekolah tuan mengikuti taklimat yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 06 Februari 2023
Hari      : Isnin
Masa    : 2.30 petang
Pautan : https://youtu.be/3Ps55hU3u4l 


Sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi En. Mohamad Nazir bin Abdul Rahman, di talian 019-4466693 atau Pn. Murni Wati binti Abdul Karim, di talian 012-5736311, Kaunselor Pendidikan Negeri JPN Kedah.

Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.