Tempahan Bilik Khas MMPS

26 May 2024

27.05.2024 l Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023

 

Guru-guru yang hadir untuk buat tuisyen dan update fail panitia sedang check keputusan para pelajar MMPS melalui sistem online.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.





Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.


Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.

MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2023 DAN PANDUAN KEPADA CALON UNTUK MENYEMAK KEPUTUSAN


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada Isnin, 27 Mei 2024, mulai jam 10.00 pagi.


Semua calon boleh menyemak keputusan SPM masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau hadir sendiri ke sekolah untuk mendapatkan keputusan jika ketiadaan akses capaian.


Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023.


Semakan dalam talian:

myresultspm.moe.gov.my


Semakan melalui SMS:

SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran & hantar ke 15888