Tempahan Bilik Khas MMPS

MAKLUMAT SEKOLAH



Maktab Mahmud Pokok Sena


Maktab Mahmud Pokok Sena atau nama ringkasnya MMPS, merupakan sebuah Sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABk) yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.

Pada setiap tahun, Maktab Mahmud Pokok Sena memiliki 250 orang pelajar lelaki dan 300 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 550 orang. Manakala bilangan guru dan staff pula ialah seramai 60 orang guru.

MAKLUMAT SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA (SABK)

ALAMAT SEKOLAH

06500 LANGGAR, KEDAH DARUL AMAN.

KOD SEKOLAH

KFT2004

GRED SEKOLAH

A

LOKASI

BANDAR

JENIS BANTUAN

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)

DAERAH PENTADBIRAN

KOTA SETAR

JENIS PELAJAR

LELAKI DAN PEREMPUAN

NO. TELEFON

04 787 0624     

NO. FAKS

04 787 6934

EMAIL  

kft2004@moe.edu.my / kft2004.ppdkotasetar@gmail.com

FACEBOOK

Maktab Mahmud Pokok Sena – SABK

https://www.facebook.com/maktabmahmudpokoksena

BLOG

mmpokoksenakedah@blogspot.com

NAMA PENGETUA

PN. AISHAH BINTI ABDULLAH B.C.K.

LUAS KAWASAN SEKOLAH

 

SESI PERSEKOLAHAN

1 SESI (PAGI SAHAJA)

BILANGAN PELAJAR

600 ORANG

BILANGAN PELAJAR ASRAMA

250 ORANG

JUMLAH KELAS

18 KELAS

TINGKATAN

SATU HINGGA ENAM

BILANGAN GURU

50 ORANG

BILANGAN AKP

8

PAKEJ KELAS MMPS

TINGKATAN 1 – KBD DAN KSSM

TINGKATAN 2 – KBD DAN KSSM

TINGKATAN 3 – KBD DAN KSSM

TINGKATAN 4 – KBD DAN KSSM (DINI TULEN) (PSD)

TINGKATAN 5 – KBD DAN KSSM (DINI TULEN DAN DINI SASTERA) (SPM)

TINGKATAN 6 – (STAM, PSN DAN MUET)

LOKASI SEKOLAH

https://goo.gl/maps/cZjSj9b6k67GQwqa6

4CXG+75 Langgar, Kedah

6.14862842297, 100.424737612


LOGO SEKOLAH


1. Perisai
Melambangkan ketahanan dan kekuatan mental serta fizikal warga Maktab Mahmud serta mempunyai semangat yang kental untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. 

2. Lampu
Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat kepada kehidupan. 

3. Buku
Melambangkan sumber pengetahuan.

BENDERA SEKOLAH




MAKSUD BENDERA 

3 JALUR - Mewakili ILMU, IMAN dan AMAL yang sentiasa dititikberatkan di kalangan warga Maktab mahmud. 

KHANDIL - Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat dalam kehidupan.

HIJAU - Adalah lambang keislaman yang berunsurkan ketenangan dan keharmonian 

KUNING - Maktab Mahmud dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah 

PUTIH - Kejujuran, keihklasan dan kemurnian jiwa dalam mencari ilmu kerana Allah Taala.


COGANKATA/MOTO SEKOLAH


Cogankata ini adalah bersesuaian dengan tujuan dan inspirasi Maktab Mahmud sebagai sebuah pusat pengajian yang berteraskan agama dan Bahasa Arab disertai dengan pelajaran akademik yang lain. Di sebalik cogankata AL ILMU NUR yang membawa maksud ilmu itu pelita hidup, tersirat falsafahnya yang tersendiri iaitu untuk melahirkan belia-belia Islam yang berketrampilan dan mempunyai daya profesionalisme yang tinggi bagi memartabatkan nama Maktab Mahmud. 

Selain itu, pelajar-pelajar juga dididik agar dapat memberikan khidmat kepada masyarakat setelah pembelajaran mereka selesai di Maktab Mahmud. Selain pendidikan yang berunsurkan keagamaan, dan pelajaran akademik pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan am serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk menyemai ketahanan rohani dan jasmani agar kecemerlangan pelajar akan lebih terserlah untuk meneruskan kehidupan mereka yang kian hari, kian mencabar.

LAGU RASMI SEKOLAH





PELAN KAWASAN SEKOLAH DAN KEDUDUKAN KELAS



Sejarah Sekolah

1963

  • Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Gemencheh (SMG)
  • Peringkat awal pelajar menumpang di Standard Type Primary School yang ditadbir oleh En. Shuck Ket Cheng sebagai pengetua yang pertama
  • Bilangan pelajar semasa itu seramai 100 orang pelajar Melayu dan kelas tingkatan 1 dan 2 dibuka dengan tenaga pengajar seramai 6 orang

1965

  • Kementerian Pendidikan telah membina bangunan baru iaitu 2 blok bangunan 2 tingkat, sebuah kantin, 2 unit rumah guru kelas F dan tiga unit rumah guru kelas G
  • Pelajar yang menumpang di sekolah rendah juga telah dipindahkan ke bangunan baru
  • Sekolah mula ditadbir oleh En. Mustafa b. Jabil (ketika itu dikenali sebagai Penyelia Sekolah)
  • Dua aliran bahasa dibuka di sekolah iaitu aliran bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris dijalankan pada sesi pagi dan petang.

1972

  • YB Dato' Mohd Taha B Abd Talib telah dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG yang pertama

1975

  • Sekolah Menengah Gemencheh telah ditukar nama kepada Sek. Men. Keb. Dato' Mohd Taha sempena mengenang nama tokoh politik tempatan Allahyarham Dato' Mohd Taha b. Abd Talib yang telah banyak berjasa kepada perkembangan dan kemajuan sekolah ini

1980

  • Sekolah ini mula membuka kelas aliran sains dan telah dinaik taraf ke gred A

1986

  • Bangunan tambahan telah dibina selaras dengan pertambahan bilangan pelajar
  • Terdapat 6 blok bangunan dan mempunyai 31 bilik darjah dan 5 buah makmal Sains

1987

  • Bilangan bilik darjah bertambah kepada 45 bilik selepas bangunan tambahan siap dibina

1988

  • Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB En. Anuar Bin Ibrahim (Menteri Pendidikan ketika itu) sempena sambutan Jubli Perak (25 tahun) sekolah
  • Kelas Tingkatan 6 (aliran sastera) diwujudkan
  • Penubuhan Asrama Desa untuk menampung pelajar perempuan dari kawasa yang berjauhan

1989

  • Satu blok bangunan 3 tingkat siap dibina selaras dengan bilangan pelajar yang semakin ramai
  • Kemudahan telefon awam disediakan

1993

  • Satu blok yang mempunyai 3 makmal Sains Tulen, satu blok dua tingkat bangunan pengajar Kemahiran Hidup dan satu bangunan Sains Pertanian siap dibina

1994

  • Sebuah astaka untuk kemudahan perhimpunan dibina, bilik guru dinaiktaraf dan 3 unit rumah guru kelas F siap dibina

1999

  • Satu blok bangunan 4 tingkat dibina, 2 unit rumah guru (berkembar) kelas F dibina
  • Satu gelanggang tenis disediakan

2002

  • Satu blok makmal komputer 2 tingkat dibina
  • Mewujudkan Galeri Sejarah
  • Padang hoki turf separuh padang siap dibina (Sumbangan MSN)

2003

  • Padang sekolah diperbesarkan dan membolehkan balapan 400 meter dibina
  • Mengubahsuai Bilik Gerakan

2004

  • Pagar sekolah baru dibina

2006

  • Kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf Surau Sekolah

2007

  • Pusat Akses Internet
  • Penyelenggaraan Dewan Sekolah, menaiktaraf tandas guru dan pelajar dan Klinik Pergigian Sekolah

2008

  • Pembinaan asrama Aspura dan Aspuri beserta surau dan dewan makan

2009

  • Pembinaan 3 blok baru (kantin, kelas-kelas mekanikal)

2010

  • Penyerahan blok baru

2011

  • Pembinaan Surau Baru dijalankan