Tempahan Bilik Khas MMPS

25 February 2024

NILAI-NILAI PENJAWAT AWAM - HEMAT

YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) memperkenalkan H.E.M.A.T semasa Majlis Perhimpunan dan Amanat KPPA pada 21 Februari 2024.

H.E.M.A.T adalah pegangan nilai baharu penjawat awam dalam melaksanakan tugas, selaras dengan hasrat yang digariskan dasar Malaysia MADANI dan aspirasi “The G.R.E.A.T ๐˜Š๐˜ช๐˜ท๐˜ช๐˜ญ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ”. 

H.E.M.A.T membawa dua (2) maksud iaitu sikap penjawat awam dalam membelanjakan dana awam secara berjimat-cermat dan tidak boros. Dari segi sifat pula, HEMAT bermakna cara penjawat awam menjalankan tugas dengan pengamatan dan penelitian secara mendalam.  

Akronim HEMAT terdiri daripada kombinasi beberapa nilai yang diwakilkan oleh setiap huruf di dalamnya iaitu:  

H  - Hijrah Tata Kelola 
E  - Empati Rakyat  
M - Minda Pekin 
A  - Apresiasi Inovasi 
T  - Telus Tadbiran

Kepada semua penjawat awam, YBhg. Dato’ Sri KPPA menegaskan sebanyak 3 prinsip yang harus diamalkan dalam pelaksanaan tugas iaitu “๐˜๐˜ข๐˜ค๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ, ๐˜ˆ๐˜ค๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ˆ๐˜ค๐˜ค๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ” untuk dilaksanakan di semua Kementerian dan Jabatan”. 

#MalaysiaMADANI
#HEMAT
#SeiringSepakat