Assalamualaikum,
1. Perhatian kepada waris pelajar asrama, *sebarang pergerakan pelajar keluar bersama waris (outing) iaitu setiap sabtu tidak dibenarkan bermula minggu ini*. Oleh itu, waris hanya dibenarkan untuk berjumpa dengan pelajar di kawasan sekolah sahaja. Mohon kerjasama daripada waris untuk mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan.
Info tambahan :-
a)Waktu lawatan : 12.00 tengahari - 5.30 petang
b)Tempat : Kawasan sekolah sahaja
( Kawasan asrama tidak dibenarkan)
c)Kenderaan waris *tidak dibenarkan* berada dalam
kawasan sekolah selepas waktu lawatan tamat
2. Hanya *urusan kecemasan seperti kematian, mendapat cuti sakit dari klinik kesihatan, mengalami penyakit berjangkit, demam dan lain-lain penyakit sahaja dibenarkan* untuk waris membawa pulang pelajar di luar waktu balik kampung.
*Kerjasama daripada waris-waris diperlukan bagi memudahkan urusan. Sekian terima kasih*